27 February, 2015

AKHLAK MULIA RASULULLAH S.A.W

Suatu hari,
Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa
yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan
tersenyum.


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para
sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan
kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk
pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak
hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.


Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya
buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian
yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang
hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”


Begitulah

akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan
Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak
berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

*terdetik dalam hati kecilku yg tiba2 sayu...SUBHANALLAH...mulianya akhlakmu Ya Rasulullah...

15 February, 2015

Sambutan Baik Daripada Pengguna di Ekspo Vaganza 2015 @ Angsana Johor Bahru

ALHAMDULILLAH...hanya itu yang mampu terungkap dari kami. Kebanyakan pengunjung yang singgah di booth kami adalah pengguna yang pernah mengamalkan Habbatussauda. Kami amat mengharapkan kebaikan yang ada pada Habbatussauda ini dapat dikongsi bersama.

Baginda Rasullullah S.A.W sendiri mengiktiraf Habbatussauda sebagai ubat yang boleh mengubati segala penyakit, jadi mengapa tidak kita mengambil Habbatussauda ini sebagai makanan tambahan dalam kehidupan seharian kita. Renung-renungkan bersama.


EAT YOUR FOODS AS MEDICINES. 
OTHERWISE 
YOU HAVE TO EAT YOUR MEDICINES AS YOUR FOODS!!!




 


Gambar sekitar suasana di Ekspo Vaganza 2015
Angsana Mall Johor Bahru
13-15 Februari 2015


 


09 February, 2015

Perakuan Pembekal & Pengedar Tunggal di Malaysia


Surat pengesahan dari Habbasyi Niaga Utama yang mengesahkan Dunia Khalifah Resources sebagai pembekal & pengedar rasmi produk Habbasyi Oil Habbatussauda di Malaysia.



Dunia Khalifah Resources (DKR) merupakan PENGEDAR TUNGGAL produk Habbasyi Oil Habbatussauda di Malaysia. Syarikat DKR telah membuat perjanjian dua hala dengan pengimport kami dari Habbasyi Niaga Utama dan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa DKR adalah pengedar tunggal di Malaysia. Dokumen perjanjian juga telah ditandatangani dan diterbitkan sebagai bukti.

DKR telah bertindak sebagai pembekal kepada agent-agent kami di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei Darussalam. Sebarang pertanyaan mengenai produk Habbasyi Oil Habbatussauda bolehlah berhubung terus dengan kami.

01 February, 2015

EKSPO EXTRAVAGANZA JOHOR 2015


Jemput berkunjung ke booth Dunia Khalifah Resources di Ekspo Extravaganza Johor 2015 yang akan diadakan seperti berikut:

 Tarikh: 13, 14 & 15 Februari 2015 
Tempat: Angsana Johor Bahru Mall
Masa: 10 pagi - 10 malam


Dapatkan makanan kesihatan sunnah direct dari kami pembekal tunggal produk Habbasyi Oil. Antaranya kapsul Habbatussauda, kapsul zaitun, madu syifa' kanak-kanak. Dapatkan dengan harga promosi sempena Ekspo Extravaganza.

Yang berminat untuk menjadi agent kami juga dialu-alukan untuk hadir bersama memeriahkan lagi booth Dunia Khalifah.