25 January, 2015

ADAB BERNIAGA

NIAT
Faktor yang penting untuk setiap peniaga muslim.. Pasang niat yang betul!! Aku berniaga untuk mencari rezeki kerana Allah. Secara tidak langsung apabila kita memasang NIAT yang betul, IKHLAS akan datang dengan sendirinya..in sya Allah.. Untung & rugi dalam sesuatu perniagaan semestinya tidak dapat dinafikan. Untung alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah.. Rugi, anggap satu ujian dari Allah dan sentiasa berusaha untuk lebih baik.


BERKATA BENAR & JUJUR
Ketika kita berbincang mengenai perniagaan, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang berteraskan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan matlamat ini tidak boleh dicapai dengan adanya penipuan dan tidak jujur.

Alhamdulillah, bagi Dunia Khalifah setakat ini, feedback yang kami terima daripada semua pelanggan kami adalah baik dan menunjukkan kesan yang positif terhadap pengambilan Habbatussauda secara istiqamah.

                                              Testimoni pengguna Habbatussauda

KONSEP REDHA PELANGGAN+PENIAGA
Elemen redha-meredhai antara pelanggan dan peniaga adalah petunjuk bahawa tiada paksaan dalam proses jual beli. Pelanggan mempunyai hak untuk membeli dan keputusan untuk membeli terletak pada mereka sendiri. Ini kerana paksaan akan menyebabkan berlaku pergaduhan dan salah faham.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu.” (Al-Nisa, 4:29)


Perlu diketahui, perniagaan merupakan suatu pekerjaan yang amat diredhai oleh ALLAH SWT sekiranya diuruskan dengan betul dan baik. Bagi mana-mana peniaga Muslim yang telah menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya, tetapi masih mengalami kerugian, jangan sesekali berputus asa. Teruskan berusaha dan berikhtiar untuk memajukan perniagaan anda kerana usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang. 
Tanamkan dalam diri sifat:

JUJUR              IKHLAS                  BERSANGKA BAIK                     BERKATA BENAR


No comments:

Post a Comment