Habbatussauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa adalah sejenis tumbuhan rumput yang kecil dan berbunga secara tahunan. Dalam bahasa melayunya jintan hitam. Uniknya Habbatussauda ini, ianya tidak tumbuh di dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Tetapi ianya tumbuh meliar di negara-negara Mediterranean. Habbatussauda ditanam meluas di sekitar Afrika Utara seperti Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.
Pengubatan Cara Rasulullah
Bentuknya berupa biji kecil-kecil berwarna hitam, orang arab menamakannya habbatussauda yang bererti biji hitam. Biji yang kecil ini ternyata mengandung berbagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Bahkan pada penelitian terakhir disebutkan kalau biji hitam ini mampu meningkatkan sistem imun tubuh, jadi bagi pengguna habbatussauda ini akan jarang sakit.
Dari Aisyah R.A beliau mendengar Rasullah SAW bersabda
"Sesungguhnya Al-Habbbatus Sauda boleh menyembuhkan segala penyakit keucali As- Sam (Mati)"..- Hadis Riwayat Imam Bukhari
Riwayat Abu Nu'Aim dalam kitab Al- Tibb himpunan hadis-hadis sahih no 1819 - "Pada Habbbatus Sauda terdapat segala ubat bagi segala penyakit kecuali mati".
Pengambilan habbatussauda ini harus istiqamah untuk menampakkan hasilnya. Jika sekejap ambil sekejap tidak, berhenti untuk beberapa lama kemudian sambung kembali, memang susah untuk ia menampakkan hasil.
Khasiat Habbatussauda
Zat-zat aktif yang terkandung dalam Habbatussauda memiliki kemampuan dalam menyembuhkan berbagai penyakit, antaranya ialah:
1) Meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan bakteria dan virus.
2) Mempunyai upaya merencat dan membunuh sel kanser.
3) Meningka tkan kualiti sperma
4) Membantu mengurangkan simptom keradangan sendi (rheumatoid athritis)
5) Mengawal dan mengurangkan kolestrol jahat.
6) Memperbaik fungsi hati.
7) Memberi kesan baik untuk penyakit seperti:
- asthma.
- darah tinggi.
- kencing manis.
8) Penyakit wanita:
- Membetulkan putaran haid.
- Membanyakkan susu ibu.
- Meningkatkan kesuburan.
Cara Pengambilan Habbatussauda
1) Meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan bakteria dan virus.
2) Mempunyai upaya merencat dan membunuh sel kanser.
3) Meningka tkan kualiti sperma
4) Membantu mengurangkan simptom keradangan sendi (rheumatoid athritis)
5) Mengawal dan mengurangkan kolestrol jahat.
6) Memperbaik fungsi hati.
7) Memberi kesan baik untuk penyakit seperti:
- asthma.
- darah tinggi.
- kencing manis.
8) Penyakit wanita:
- Membetulkan putaran haid.
- Membanyakkan susu ibu.
- Meningkatkan kesuburan.
Cara Pengambilan Habbatussauda
Habbatussauda dalam bentuk minyak.
1. Satu sudu teh minyak habbatus sauda, satu sudu teh madu lebah dan juz buah2 fresh segelas.
1. Satu sudu teh minyak habbatus sauda, satu sudu teh madu lebah dan juz buah2 fresh segelas.
(Minum setengah jam sebelum sarapan.)
2. Ulang yang sama petang jam 2-3 pm.
3. Ulang yang sama sebelum tidur.
Habbatussauda dalam bentuk kapsul.
- 2 biji kapsul waktu pagi sebelum makan.
- 2 biji kapsul petang/sebelum makan malam.
Mereka yang telah dibedah buang tumbuhan kanser mereka, cuba amalkan disamping meningkatkan mutu pemakanan kepada yang lebih berkhasiat. Lebihkan buah2 dan sayur2, serta makan multivitamin2 , vit C dan E.
**Bagaimanapun cara pengambilan adalah mengikut keselesaan tubuh badan sendiri kerana habbatussauda akan berasa sedikit panas. Lebihkan minum air kosong.
No comments:
Post a Comment