29 May, 2015

STROK..APOPLEKSI..PENDARAHAN OTAK

HIPOCRATES telah pun menemuinya sejak 2,400 tahun yang lalu.
Yang dikenali sebagai Apopleksi - hilang upaya anggota badan yang bersangkut paut dengan otak.

Namun YAKUB WEFRER pada sekitar tahun 1,600 mendapati pesakitnya yang meninggal adalah..
Apopleksi - berlaku pendarahan pada otak pesakit.

     Umumnya, strok merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Setiap tahun dianggarkan 50,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Serangan otak yang dialami mangsa menjadikan otak mati dan secara tidak langsung seluruh badan menerima effectnya.

     Data dari World Strok Organization (Organisasi Strok Dunia) mengatakan bahawa serangan strok meningkat di negara-negara berkembang. Penelitian terhadap kecacatan dan kematian mengakibatkan pesakit strok juga menunjukkan peningkatan yang sama. Sebenarnya peranan otak bukan sekadar berfikir, malah lebih besar.

     Tahukah anda, otak merupakan organ penting yang berperanan mengendalikan semua fungsi tubuh manusia. Otak merupakan pusat bagi keseluruhan tubuh. Jika otak anda sihat, maka akan mendorong kesihatan tubuh serta mental yang sihat. Sebaliknya, apabila otak anda terganggu maka kesihatan tubuh dan mental juga akan terganggu.

     Bayangkan, jika jantung atau paru-paru berhenti bekerja selama beberapa minit, anda masih boleh bertahan hidup. Namun jika otak berhenti walaupun satu detik saja, maka tubuh akan mati. Begitulah pentingnya otak kepada manusia. Bukan saja penting tetapi otak merupakan organ yang paling rumit.


*AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT
*SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
*TAKE YOUR FOOD AS MEDICINE, BEFORE YOU TAKE MEDICINE AS YOUR FOOD



Extra Virgin Tursina
Dapatkan kapsul zaitun terbaik dari Dunia Khalifah

14 May, 2015

ALLAH BAGI SAKIT ADA HIKMAH TUU...



Saat kita ditimpa sakit, maka yang terfikir dalam hati kita adalah ubat, doktor, farmasi atau hospital. Salahkah?

Kita memang wajib berikhtiar untuk mencapai kesembuhan. Namun kita harus merenungkankan aspek spiritual (rohani). Semestinya faktor rohanilah yang pertama muncul sehingga pemulihan yang dilakukan berdasarkan perintah Allah SWT dan mengikuti ketentuan yang telah digariskan dalam Islam.

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah (216)

HIKMAH SAKIT

Sakit pada hakikatnya merupakan ujian dari Allah SWT. Apabila mengalami musibah sakit, dosa-dosa seorang hamba itu akan terhapus, ditinggikan darjatnya dan mendapat pahala. Ya Allah..begitu banyak hikmah yang Allah berikan.

Sakit juga akan membuat kita kembali dekat pada Allah. Setelah sekian lama melupakan-Nya. Betapa sayangnya Allah pada hambanya. Hanya kita sahaja yang tidak sedar dengan hikmah yang berlaku ini.

Saat kita sakit juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga, jiran tetangga dan sahabat. Ahli keluarga dan sahabat handai akan meluangkan masa menziarah.

Wallahu 'alam..