Yang dikenali sebagai Apopleksi - hilang upaya anggota badan yang bersangkut paut dengan otak.
Namun YAKUB WEFRER pada sekitar tahun 1,600 mendapati pesakitnya yang meninggal adalah..
Apopleksi - berlaku pendarahan pada otak pesakit.
Umumnya, strok merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Setiap tahun dianggarkan 50,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Serangan otak yang dialami mangsa menjadikan otak mati dan secara tidak langsung seluruh badan menerima effectnya.
Data dari World Strok Organization (Organisasi Strok Dunia) mengatakan bahawa serangan strok meningkat di negara-negara berkembang. Penelitian terhadap kecacatan dan kematian mengakibatkan pesakit strok juga menunjukkan peningkatan yang sama. Sebenarnya peranan otak bukan sekadar berfikir, malah lebih besar.
Tahukah anda, otak merupakan organ penting yang berperanan mengendalikan semua fungsi tubuh manusia. Otak merupakan pusat bagi keseluruhan tubuh. Jika otak anda sihat, maka akan mendorong kesihatan tubuh serta mental yang sihat. Sebaliknya, apabila otak anda terganggu maka kesihatan tubuh dan mental juga akan terganggu.
Bayangkan, jika jantung atau paru-paru berhenti bekerja selama beberapa minit, anda masih boleh bertahan hidup. Namun jika otak berhenti walaupun satu detik saja, maka tubuh akan mati. Begitulah pentingnya otak kepada manusia. Bukan saja penting tetapi otak merupakan organ yang paling rumit.
*AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT
*SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
No comments:
Post a Comment