25 January, 2015

ADAB BERNIAGA

NIAT
Faktor yang penting untuk setiap peniaga muslim.. Pasang niat yang betul!! Aku berniaga untuk mencari rezeki kerana Allah. Secara tidak langsung apabila kita memasang NIAT yang betul, IKHLAS akan datang dengan sendirinya..in sya Allah.. Untung & rugi dalam sesuatu perniagaan semestinya tidak dapat dinafikan. Untung alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah.. Rugi, anggap satu ujian dari Allah dan sentiasa berusaha untuk lebih baik.


BERKATA BENAR & JUJUR
Ketika kita berbincang mengenai perniagaan, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang berteraskan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan matlamat ini tidak boleh dicapai dengan adanya penipuan dan tidak jujur.

Alhamdulillah, bagi Dunia Khalifah setakat ini, feedback yang kami terima daripada semua pelanggan kami adalah baik dan menunjukkan kesan yang positif terhadap pengambilan Habbatussauda secara istiqamah.

                                              Testimoni pengguna Habbatussauda

KONSEP REDHA PELANGGAN+PENIAGA
Elemen redha-meredhai antara pelanggan dan peniaga adalah petunjuk bahawa tiada paksaan dalam proses jual beli. Pelanggan mempunyai hak untuk membeli dan keputusan untuk membeli terletak pada mereka sendiri. Ini kerana paksaan akan menyebabkan berlaku pergaduhan dan salah faham.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu.” (Al-Nisa, 4:29)


Perlu diketahui, perniagaan merupakan suatu pekerjaan yang amat diredhai oleh ALLAH SWT sekiranya diuruskan dengan betul dan baik. Bagi mana-mana peniaga Muslim yang telah menjalankan perniagaan dengan sebaik-baiknya, tetapi masih mengalami kerugian, jangan sesekali berputus asa. Teruskan berusaha dan berikhtiar untuk memajukan perniagaan anda kerana usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang. 
Tanamkan dalam diri sifat:

JUJUR              IKHLAS                  BERSANGKA BAIK                     BERKATA BENAR


19 January, 2015

BLACK MARKET MALAYSIA @ PUTRAJAYA

Assalamualaikum W.B.T...

Di kesempatan ini Dunia Khalifah Resources (DKR) ingin menguar-uarkan kepada penduduk sekitar Putrajaya khususnya dan semua rakyat Malaysia amnya. Wakil penjual kami akan berada di Bazar Jumaat Putrajaya pada 23 Januari 2015 SAHAJA!! Anda semua dijemput hadir untuk bersama-sama berkongsi kebaikan makanan kesihatan sunnah yang akan dijual oleh wakil penjual kami. Insya Allah dengan harga yang berpatutan.

                             TARIKH: 23 JAN 2015 (JUMAAT)
                             WAKTU: 8 PAGI - 8 MALAM
                             TEMPAT: KOMPLEKS KEJIRANAN PERSINT 16, PUTRAJAYA
                                           



17 January, 2015

Habbatussauda (Nigella Sativa) الحبة السوداء


Habbatussauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa adalah sejenis tumbuhan rumput yang kecil dan berbunga secara tahunan. Dalam bahasa melayunya jintan hitam. Uniknya Habbatussauda ini, ianya tidak tumbuh di dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Tetapi ianya tumbuh meliar di negara-negara Mediterranean. Habbatussauda ditanam meluas di sekitar Afrika Utara seperti Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.




Pengubatan Cara Rasulullah 
Bentuknya berupa biji kecil-kecil berwarna hitam, orang arab menamakannya habbatussauda yang bererti biji hitam. Biji yang kecil ini ternyata mengandung berbagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Bahkan pada penelitian terakhir disebutkan kalau biji hitam ini mampu meningkatkan sistem imun tubuh, jadi bagi pengguna habbatussauda ini akan jarang sakit.

Dari Aisyah R.A beliau mendengar Rasullah SAW bersabda

"Sesungguhnya Al-Habbbatus Sauda boleh menyembuhkan segala penyakit keucali As- Sam (Mati)"..- Hadis Riwayat Imam Bukhari

Riwayat Abu Nu'Aim dalam kitab Al- Tibb himpunan hadis-hadis sahih no 1819 - "Pada  Habbbatus Sauda terdapat segala ubat bagi segala penyakit kecuali mati".

Pengambilan habbatussauda ini harus istiqamah untuk menampakkan hasilnya. Jika sekejap ambil sekejap tidak, berhenti untuk beberapa lama kemudian sambung kembali, memang susah untuk ia menampakkan hasil. 

Khasiat Habbatussauda

Zat-zat aktif yang terkandung dalam Habbatussauda memiliki kemampuan dalam menyembuhkan berbagai penyakit, antaranya ialah: 

1) Meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan bakteria dan virus.

2) Mempunyai upaya merencat dan membunuh sel kanser.

3) Meningka tkan kualiti sperma

4) Membantu mengurangkan simptom keradangan sendi (rheumatoid athritis)

5) Mengawal dan mengurangkan kolestrol jahat.

6) Memperbaik fungsi hati.

7) Memberi kesan baik untuk penyakit seperti: 
    - asthma.
    - darah tinggi.
    - kencing manis.

8) Penyakit wanita:
    - Membetulkan putaran haid.
    - Membanyakkan susu ibu.
    - Meningkatkan kesuburan.



Cara Pengambilan Habbatussauda
Habbatussauda dalam bentuk minyak.
1. Satu sudu teh minyak habbatus sauda, satu sudu teh madu lebah dan juz buah2 fresh segelas.
    (Minum setengah jam sebelum sarapan.)
2. Ulang yang sama petang jam 2-3 pm.
3. Ulang yang sama sebelum tidur.

Habbatussauda dalam bentuk kapsul.
- 2 biji kapsul waktu pagi sebelum makan.
- 2 biji kapsul petang/sebelum makan malam.

Mereka yang telah dibedah buang tumbuhan kanser mereka, cuba amalkan disamping meningkatkan mutu pemakanan kepada yang lebih berkhasiat. Lebihkan buah2 dan sayur2, serta makan multivitamin2 , vit C dan E.

**Bagaimanapun cara pengambilan adalah mengikut keselesaan tubuh badan sendiri kerana habbatussauda akan berasa sedikit panas. Lebihkan minum air kosong. 

Minyak habbatus sauda terlalu banyak hasiat dan kegunaannya. Ianya amat baik diamalkan oleh setiap orang dengan yakin dan istiqamah, insyaAllah kita akan dijauhkan dari pelbagai penyakit kronik. Semoga anda mendapat panduan dan petua berkenaan JINTAN HITAM/HABBATUS SAUDA ini dan kita akan bertemu lagi dilain masa didalam entri akan datang..insyaAllah.